Categories: Politics & Government

Husni bakal menteri besar Perak BN??Zambry akan disingkirkan??

 

Kedudukan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kader didakwa tergugat apabila Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bakal ditawarkan jawatan tersebut sekiranya BN menang pilihan raya di negeri itu, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Zahid Mat Arip.

Zahid tidak terkejut dengan kemunculan bekas menteri kabinet itu pada majlis sambutan hari lahir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya tidak terkejut dengan perubahan sikap Husni yang sebelum ini meletak jawatan daripada parti dan kerajaan… Saya dapat maklumat daripada kawan dalam Umno dia ditawarkan bertanding kerusi Dun di Perak bagi menggantikan Zambry jika Umno kembali memerintah negeri Perak,” ujarnya dalam satu kenyataan video yang dirakam blogger Minaq Jinggo.

Husni meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 27 Jun 2016 lalu, sebelum Najib mengumumkan rombakan Kabinet.

Selepas itu, beliau juga meletakkan kesemua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai Ahli Parlimen Tambun.

Husni hanya memberikan alasan tidak mahu ditukarkan ke portfolio lain dan mahu bersara sebaliknya menimbulkan pelbagai persepsi rakyat dan pimpinan politik di negara ini berkemungkinan tindakan beliau adalah tanda protes terhadap kepimpinan Najib yang terkait dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Zahid  (Gambar kanan) lagi, untuk mendapatkan kepastian sama ada Husni akan mengantikan Zambry sebagai menteri besar, beliau sendiri ujarnya, pernah bertanya kepada ahli Umno di negeri itu.

Sebaliknya ujar Zahid lagi, mereka menafikan desas-desus kerana yakin Zambry selaku wakil rakyat di Dun Pangkor akan terus kekal memimpin kerajaan negeri jika Umno-BN menang pilihan raya.

Ini kerana Zambry dikatakan mempunyai hubungan baik dengan pihak istana.

“Saya tanya pada puak Zambry pula mengenai perkara ini mereka pula mengatakan tidak mungkin berlaku kerana kononnya Zambry dapat perlindungan khas daripada Istana Perak.

“Apapun Zambry kena tahu nasibnya tak ubah seperti ‘telur dihujung tanduk’ kerana Husni sedang bersiap sedia untuk merampas kedudukannya sebagai MB Perak jika Umno-BN menang,’ ujarnya.

Sebelum ini Zambry juga dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen pada PRU-14 kelak.

Zahid turut berkata, bagi Bersatu, siapapun calon yang akan diletakkan oleh BN dalam pilihan raya nanti, apa yang penting ujarnya lagi, Pakatan Harapan akan memimpin Perak kelak.

“Saya nak bagi tahu siapapun calon tidak penting buat kami, yang penting sekarang kami dalam Pakatan Harapan akan menduduki jawatan menteri besar di negeri Perak kelak,” ujarnya.

Dalam PRU-14 akan datang berkemungkinan Perak antara negeri yang akan menjadi tumpuan Pakatan Harapan terutama kepada parti Bersatu dan Amanah untuk menumbangkan kerusi Umno dan Pas di kawasan majoriti Melayu.

Pada PRU13 lalu, BN di Perak menang tipis dengan membolot 31 kerusi Dun manakala Pakatan Rakyat 28 kerusi yang di wakili DAP(18), PKR (5) dan Pas (5) kerusi. Daripada 24 kerusi Parlimen BN memperoleh 12 kerusi, DAP (7) PKR(3) dan Pas (2) kerusi.




  • Tags: syah
    syah

    Recent Posts

    Heart Attack Causes and its Solution

    What is the Main Cause of a Heart Attack? What is its Solution? A heart attack is the blockage of… Read More

    12 months ago

    Understanding the Debt Ceiling: Its Impact, Importance, and Implications

    In the vast economic arena, one term that often takes center stage, inciting extensive debates and discussions, is the "debt… Read More

    1 year ago

    De-Dollarization: The New World Order of Currency and Its Global Impact

    De-Dollarization: The Changing Face of Global Finance The financial landscape is in a state of flux, with an intriguing economic… Read More

    1 year ago

    Unstoppable Bayern Munich: The Story Behind Their 11th Consecutive Bundesliga Title

    The curtains closed on a dramatic Bundesliga season with Bayern Munich standing tall once again, clinching their 11th straight title.… Read More

    1 year ago

    Celine Dion Cancels Concert Tour Due to Deteriorating Stiff-Person Syndrome

    The Unfolding Story of Celine Dion's Health In recent news that has left fans across the globe stunned, iconic singer… Read More

    1 year ago

    Navigating the Crossroads: LeBron James, Anthony Davis, and the LA Lakers’ Uncertain Future

    As the echoes of the recent NBA season start to fade, the attention of enthusiasts is firmly glued to one… Read More

    2 years ago